Setiap tahun,setiap detik.. pasti kemunculannya sentiasa dinantikan oleh
orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,
kini bulan yang kita rindukan telah tiba.Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Pada bulan ini Allah,mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya
yang beriman. Dibulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu
berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah...
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan
saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan)
di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan
berbagai kesilapan dalam sedar atau tidak.. Antaranya:-
1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar,dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat
ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya
tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
kita sepatutnya mengawal sifat amarah di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan
yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan
dan kedudukan puasa Ramadhan
sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan
Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah,
nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah
(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.
12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur
bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
.
No comments:
Post a Comment